Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
70) KESAN EL-NINO KEPADA PESAWAH
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sumbangan yang diberikan kepada pesawah padi di Selangor?
Dalam bencana el-Nino baru-baru ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah Sabak Bernam telah menunda jadual tanaman padi selama 2 minggu bagi mengatasi masalah air. Bancian telah dijalankan dan tiada kerosakan tanaman yang ketara akibat el-Nino terhadap tanaman padi pada peringkat awal. Bancian seterusnya akan dijalankan setelah habis musim menuai bagi mengenalpasti sama ada terdapat pengurangan hasil padi akibat el-Nino.
-
Senaraikan nama penerima dan jumlah sumbangan berkenaan sehingga Jun 2016?
Tiada.