Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

30) KESAN EKONOMI AKIBAT COVID-19

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pelabur luar dan dalam negeri yang telah menutup operasi mereka dalam Negeri Selangor semenjak bermulanya pandemik COVID-19?

    Mengikut data yang dikumpulkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor melalui Borang PK mengikut peruntukan dibawah Akta Kerja 1955, mewajibkan setiap majikan yang berhasrat untuk mengambil tindakan memberhentikan pekerja perlu melaporkan kepada jabatan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tindakan pemberhentian dijalankan..

    Bagi tempoh tahun 2020 hingga 2021 sebanyak 44 majikan sektor pembuatan yang menutup operasi di Negeri Selangor.

  2. Apakah kesan kewangan kepada ekonomi negeri dan berapakah jumlah orang kehilangan pekerjaan akibat penutupan operasi tersebut?

    Penutupan operasi syarikat di Negeri Selangor tidak memberikan kesan kewangan secara langsung kepada ekonomi negeri kerana syarikat hanya membayar cukai tanah dan cukai taksiran pada kadar yang kecil kepada pihak Kerajaan Negeri.

    Bagi tempoh 2020 hingga 2021 seramai 835 orang pekerja tempatan dan sebanyak 119 orang pekerja asing telah diberhentikan daripada 44 majikan.

  3. Apakah tindakan penyelesaian Kerajaan Negeri?

    Antara tindakan penyelesaian yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor yang diberhentikan kerja akibat kesan penularan pendemik untuk mendapatkan pekerjaan semula ialah dengan mengadakan program Karnival Kerjaya – Jelajah Selangor Bekerja Tahun 2021.

    Pada tahun 2021 sebanyak enam (6) siri Karnival Kerjaya – Selangor Bekerja dilaksanakan di lokasi berbeza. Penganjuran program ini merupakan platform yang menyediakan ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan, sekaligus mengatasi kadar pengangguran di Selangor selaras dengan permintaan yang tinggi dan sambutan yang menggalakan berikutan kadar kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19.

Lampiran

Tiada Lampiran.