Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

28) KESALAHGUNAAN BANGUNAN UNTUK MEMELIHARA BINATANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah dilaksanakan mengenai isu kesalahguna bangunan di kawasan Perindustrian Bukit Beruntung untuk memelihara binatang?

    1. a) & b) Dijawab oleh MDHS.
  2. Adakah tujuan kegunaan tanah perlu di tukar kepada syarat memelihara binatang?

    1. a) & b) Dijawab oleh MDHS.
  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Haiwan & Jabatan Kesihatan?

    1. Kerajaan Negeri menerusi agensinya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor telah berusaha membantu pengusaha mendapatkan kawasan penternakan yang lebih bersesuaian –

     

    1. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor pernah menawarkan kepada pengusaha suatu kawasan penternakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lubuk Nibong, Hulu Selangor. Pengusaha telah mencuba untuk membangunkan ladang (ternakan rusa) di kawasan tersebut tetapi akhirnya menarik diri dan menyerahkan kembali kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor.

     

    Keadaan muka bumi di kawasan tersebut memerlukan kos pembangunan yang tinggi dan tidak ekonomik untuk membangunkan ladang ternakan.

     

    1. Lanjutan dari itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor sekali lagi membantu pengusaha mendapatkan kelulusan sewaan/pajakan kawasan ladang seluas 500 ekar kepunyaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Lenggong, Perak. Pada asasnya permohonan kawasan 500 ekar ladang tersebut telah disokong dan diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

     

    Bagaimana pun, kelulusan muktamad penyewaan/pemajakan masih di peringkat penilaian pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) Persekutuan.  Selaras dengan fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor juga menyediakan perkhidmatan rawatan dan kesihatan bagi menjamin kebajikan ternakan rusa-rusa tersebut sentiasa terpelihara.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.