Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
152) KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENJAWAT AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan statistik penjawat awam yang telah didakwa dengan kesalahan salah laku berkaitan rasuah dalam tempoh 3 tahun ini?
Jumlah statistik penjawat awam yang telah didakwa dengan kesalahan salah laku berkaitan rasuah dalam tempoh 3 tahun ini adalah sebanyak 59 kes. Perincian mengikut tahun adalah seperti berikut:
Tahun Bilangan penjawat awam yang telah didakwa berkaitan rasuah 2021 29 2022 17 2023 13 JUMLAH 59 -
Apakah modul yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan Negeri di dalam kursus menangani rasuah dalam kalangan penjawat awam?
Sebagaimana dimaklumi, kes rasuah adalah di bawah bidang kuasa SPRM. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi sokongan padu kepada SPRM dalam menangani rasuah. Justeru itu, beberapa kursus/bengkel telah diadakan yang merangkumi aspek rasuah dengan menjemput penceramah yang terdiri daripada pegawai-pegawai Ibu Pejabat SPRM, SPRM Negeri Selangor dan Pegawai Siasatan (SPRM) yang ditempatkan di Unit Integriti. Antara modul yang telah dilaksanakan dalam kursus/bengkel tersebut adalah seperti berikut:
TAHUN PROGRAM
JEMPUTAN
2021 Forum Integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Tahun 2021
SPRM Putrajaya
2022 Bengkel Pengurusan Tatatertib Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2022
SPRM Putrajaya
2023 Bengkel Pengurusan Tatatatertib Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023
SPRM Putrajaya
Bicara Integriti Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor:
1) Anda Bijak Jauhi Scammer
2) False Claim Itu Apa?
SPRM Putrajaya
2021-2024 Sembang Santai Integriti
Pegawai Siasatan Unit Integriti
2021 -2024 Program Transformasi Minda
SPRM Negeri Selangor