Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
59) KESALAHAN LALU LINTAS PELAJAR BAWAH UMUR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pelajar-pelajar sekolah di bawah umur dan tidak memiliki lesen memandu di Negeri Selangor. Apakah kadar kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya (termasuk kematian) yang melibatkan pelajar-pelajar tersebut.
JAWAPAN DARIPADA POLIS
STATISTIK PELAJAR TERLIBAT KEMALANGAN JALANRAYA
JAN – OGOS 2008 BAGI KONTINJEN SELANGORSELANGOR MAUT PARAH RINGAN TIADA CEDERA JUMLAH
HULU SELANGOR 0 4 1 49 54
KUALA LANGAT 0 0 0 3 3
KLANG 11 41 23 913 988
KAJANG 10 2 23 322 357
PETALING JAYA 0 6 17 845 868
GOMBAK 1 6 24 256 287
KUALA SELANGOR 1 0 5 83 89
AMPANG JAYA 2 5 3 453 463
SABAK BERNAM 6 35 12 31 84
SHAH ALAM 10 10 4 702 726
SEPANG 1 1 3 144 149
SUBANG JAYA 0 2 0 463 465
JUMLAH 42 112 115 4264 4533
KADAR PERATUS 0.9 2.5 2.5 94.1 100.0 -
Apakah tindakan secara bersepadu Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
JAWAPAN DARIPADA JPJ
PERANAN JPJ ADALAH MENGATASI ISU INI
1. Menjalankan tindakan penguatkuasaan di kawasan yang terdapat aduan daripada
orang awam.
– Seksyen 39 Akta APJ 1987 melarang seseorang yang dibawah umur untuk
memandu kenderaan.
2. Tindakan Pendidikan
– Mengadakan aktiviti bertemu rakyat dalam Program JPJ Bersama Rakyat yang
diadakan 4 kali setahun. Program dijalankan secara pusingan mengikut daerah
dan diadakan di kawasan sekolah.
3. Bekerjasama Menjayakan Shell Game Anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya
– Shell Game merupakan program yang melibatkan pelajar-pelajar Sekolah
Rendah dan Menengah dalam mendidik dan memastikan peraturan-peraturan
jalan raya di fahami dan dipatuhi.
JAWAPAN DARIPADA MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA
a) Kadar kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya (termasuk kematian) yang
melibatkan pelajar-pelajar tersebut ialah tindakan saman akan diambil dan segala
kesalahan trafik termasuk yang tiada lesen memandu boleh dikompaun sebanyak RM
300.00 kecuali kes kemalangan di bawah seksyen 43,(1),42(1) dan 41(1) APJ 1986
TIDAK boleh dikompaun.
b) Tindakan secara bersepadu Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini ialah pihak
kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi yang terdiri daripada Agensi
Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga Institusi-institusi Memandu di
sekitar Negeri Selangor giat melaksanakan pelbagai kempen seperti Kempen Pemilikan
Lesen Menunggang Motosikal kepada para pelajar Sekolah Menengah terutama di
daerah Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya memandangkan statistik kemalangan yang
melibatkan pelajar sekolah di daerah tersebut merupakan paling tinggi setiap tahun dan
begitu membimbangkan. Pemilikan lesen tersebut juga akan diberi dengan kadar harga
yang istimewa. Program ini adalah untuk memastikan para pelajar yang layak memiliki
lesen memandu mampu memiliki lesen yang sah untuk menunggang motosikal. Pada
19 & 20 April 2008, MKJRS dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan
kerajaan (NGO) telah mengadakan Kempen Pemilikan Lesen Menunggang B2
Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di dataran Shah Alam dimana sasaran
MKJRS ialah pelajar-pelajar sekolah dan sambutan amat menggalakkan.
Selain itu untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah,
pelbagai program seperti pameran, ceramah, tayangan dokumentari, pengedaran
pamplet, pertandingan menguji minda berkaitan keselamatan jalan raya banyak
diadakan di sekolah-sekolah oleh agensi-agensi berkaitan iaitu pihak PDRM, JPJ, JKJR,
MKJRS dan lain-lain. Salah satu kempen yang diadakan ialah seperti ‘Kempen
Sekolahku Selamat’. Program khidmat masyarakat ini adalah untuk memupuk
kesedaran dan memberi pengetahuan tentang keselamatan di jalan raya di samping
membentuk para pelajar mempunyai nilai-nilai moral dan menanamkan nilai-nilai
pembelajaran, keselamatan diri dan awam.
Dalam usaha mengubah sikap pemandu di Malaysia untuk menjadi pemandu berhemah,
kerajaan telah mula melaksanakan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah
rendah bermula dengan murid tahun satu. Pembelajaran ini dilaksanakan secara
berperingkat dan akan diteruskan sehingga pelajar tingkatan empat (4).
Bagi mengurangkan risiko pelajar terlibat dengan kemalangan semasa pergi dan balik
sekolah, khidmat Warden Trafik Sekolah mula dilaksanakan kembali di sekolah-sekolah.
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (RSE) telah mula di ajar kepada murid-murid tahun
Satu (1) di 55 buah Sekolah Rendah dalam daerah Kuala Langat. Ini bagi membantu
murid-murid untuk melintas jalan raya dengan selamat semasa pergi dan balik sekolah
serta mengelakkan kemalangan.
Selain itu juga, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor sentiasa bekerjasama
dengan Jabatan Pelajaran Selangor dan Shell mengadakan pertandingan Lalu Lintas
Shell/MKJRS di peringkat Sekolah Menengah setiap tahun.