Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

60) KESALAHAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah buangan terjadual yang ditemui semasa lawat siasat pada 29 September 2021 masih berada di Lot 348, Mukim Batang Kali? Jika ya, nyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil selain daripada Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

    Buangan terjadual yang ditemui semasa lawat siasat pada 29 September 2021 masih berada di Lot 348, Mukim Batang Kali. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada buangan terjadual telah dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang terletak di Bukit Nanas, Negeri Sembilan. Buangan terjadual yang lain masih menunggu kelulusan daripada premis yang dilesenkan oleh JAS berdasarkan ‘waste acceptance criteria’ yang boleh diterima oleh premis berlesen tersebut.

    Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan dengan membuat penahanan terhadap buangan terjadual tersebut di bawah Seksyen 38(1)(c), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta yang sama juga dikeluarkan bagi mengarahkan pelupusan buangan terjadual dan kertas siasatan turut dibuka.

  2. Adakah pemilik buangan terjadual tersebut telah didakwa ke mahkamah? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Pihak JAS sedang melengkapkan Kertas Siasatan dan siasatan dibuat dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu meletakkan buangan terjadual tanpa kelulusan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Lampiran

Tiada Lampiran.