Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

77) KESALAHAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kes pendakwaan terhadap individu, syarikat atau premis di kawasan Perindustrian Zurah Rasa yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sejak tahun 2019.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah dan kes pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 sejak tahun 2019 adalah sebanyak lapan (8) pertuduhan terhadap dua (2) syarikat yang beroperasi di kawasan Perindustrian Zurah Rasa.

     

  2. Adakah buangan terjadual yang berada di dalam dan luar premis di Lot 348, Mukim Batang Kali yang ditemui semasa lawat siasat pada 29 September 2021 telah diangkut ke Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT)? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar kepada pemilik buangan pada  26 Oktober 2021 bagi mengarahkan pelupusan buangan dan mengemukakan pelan tindakan pelupusan untuk semua buangan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.