Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

36) KES SIVIL KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua kes sivil terhadap Kerajaan Negeri oleh mana-mana pihak di mana tuntutan bernilai RM1,000,000 ke atas yang masih buka?

    Senarai kes sivil terhadap Kerajaan Negeri di mana tuntutan bernilai RM1,000,000.00 ke atas yang masih berjalan adalah seperti berikut:-

    NO. NO. KES NAMA PIHAK
    1  

    BA-21NCVC-3-01/2017

    PU.SEL.PEL.0016/17

     

    Hamdan  Kamarudin

    Lawan

    PTD Hulu Langat

    2  

    PN.SEL.PEL.0068/05

    21-129-2005

     

    SPM Membrane

    Lawan

    Kerajaan Negeri Selangor

    3 PU.SEL.PEL.0073/11

    24-956-2011

     

    Hay Resort N Services

    Lawan

    Kerajaan Negeri Selangor

    4  

    PU.SEL.AM.0030/15

     

    Seri Siantan

    Lawan

    Kerajaan Selangor (Arbitration)

    5 PU.SEL.PEL.0148/15

    24NCC(ARB)-4-08/2015

     

    Triumph City Dev. Sdn Bhd

    Lawan

    Kerajaan Negeri Selangor

    6 PU.SEL.PEL.0101/16

    BA-21NCVC-42-05/2016

     

    Lim Chun Wei

    Lawan

    PTD Kuala Selangor, PTGS & 6 Lagi

    7 PU.SEL.PEL.0006/10

    MT5(3)-22-435-2006

     

    UP-Market

    Lawan

    Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor, PTD Petaling & 3 Lagi

    8 PU.SEL.PEL.0015/12

    08(f)-65-02/2016(B) [MP]

     

    Dato’ Abd Nasir B Hassan, Kerajaan Negeri Selangor & PTGS

    Lawan

    Malayan Banking Bhd & 2 Lagi

    9 PU.SEL.PEL.0085/12

    21 NCVC-108-07/2012

     

    Shaifulizam Bin Mohd Saleh

    Lawan

    Amanah Raya Berhad & 12 Lagi

    10 PU.SEL.PEL.0067/12

    08(f)-12-01/2017(B) [MP] [II]

     

    Malayan Banking Bhd

    Lawan

    Tho Siew Wa & Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor

  2. Berapa kes yang telah diselesaikan di luar mahkamah dalam 3 tahun yang lepas?

    Pihak Kamar hanya menyimpan statistik kes yang diselesaikan di luar mahkamah mulai tahun 2016 iaitu sebanyak 18 kes telah diselesaikan di luar mahkamah di mana Penghakiman Persetujuan direkodkan.

  3. Apakah prosedur pelantikan peguam luar untuk kes sivil?

    Prosedur perlantikan peguam luar untuk kes sivil adalah seperti berikut;-

    1. Menamakan peguam yang ingin dilantik;
    2. Mengisi Lampiran A seperti di PK 7.13 : Garis Panduan Perolehan Secara Rundingan Terus;
    3. Menyertakan sebutharga daripada peguam yang terlibat;
    4. Menyatakan Term Of Reference (TOR) dan tempoh kontrak; dan
    5. Memperincikan kaedah dan jadual bayaran.

    Pelantikan peguam luar adalah dibuat berdasarkan keperluan untuk mendapatkan khidmat kepakaran bagi bidang undang-undang yang khusus, sebagai contoh undang-undang timbangtara.

    Pihak Kamar akan mengeluarkan Fiat kepada peguam luar yang dilantik menurut Seksyen 24(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.