Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
317) KES SAMAN UNISEL
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara detail jumlah kes mahkamah yang dihadapi oleh UNISEL dari tahun 2016-2023.
Kes Mahkamah yang dihadapi oleh UNISEL dari tahun 2016-2023 adalah seperti berikut:-
TAHUN 2016-2023
JUMLAH SAMAN/ LITIGASI YANG DIHADAPI
STATUS KES YANG SELESAI STATUS KES YANG BELUM SELESAI
14
6 8
-
Berapakah bayaran ganti rugi yang diperintah oleh mahkamah akibat kalah dalam kes saman sejak 2016-2023?
Jumlah bayaran ganti rugi yang diperintah oleh Mahkamah akibat kalah dalam kes saman sejak 2016-2023
Mahkamah Tinggi Shah Alam, Rayuan No: BA-11BNCVC-29-09/2019 (Jumaat Ali bin Abu Bakar)
Jumlah tuntutan: RM 44,780.79 termasuk Kos Mahkamah RM5,000.00
= RM 49,780.79
-
Berapakah kos guaman yang telah dikeluarkan oleh UNISEL dalam urusan mahkamah sejak 2016-2023?
Kos guaman yang telah dikeluarkan oleh UNISEL dalam urusan Mahkamah sejak 2016-2023 iaitu:-
JUMLAH KOS GUAMAN (UNISEL DISAMAN)
BIL KES MAHKAMAH JUMLAH KOS GUAMAN 1 Tuntutan Faedah Persaraan 142,319.80 2 Kes Mahkamah Industri 29,745.14 3 Lain-lain Kes Saman Sivil 58,585.00 Jumlah Keseluruhan 230,649.94 Walau bagaimanapun, sehingga 31 Oktober, 2023, UNISEL telah membuat tuntutan dan kutipan bayaran balik tuntutan ganti rugi kerana pecah kontrak dan lain-lain berjumlah sebanyak RM1,156,087.91.
Bil JENIS TUNTUTAN JUMLAH KUTIPAN 1. Tuntutan Pecah Kontrak Skim Perjanjian Dermasiswa/Biasiswa RM509,956.82 2. Tuntutan Pecah Kontrak Skim Melanjutkan Pengajian UNISEL RM474,396.77 3. Pecah kontrak Perkhidmatan RM160,834.32 4. Tuntutan Tunggakan Sewa Rumah RM10,900.00 Jumlah Keseluruhan RM1,156,087.91