Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
177) KES SAMAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kes saman Kerajaan Negeri. Senaraikan semua kes saman Kerajaan Negeri dari 2014-2016 dan statusnya.
Senarai semua kes saman Kerajaan Negeri dari tahun 2014 dan statusnya adalah seperti di Lampiran A.
Jumlah kes yang direkodkan dari tahun 2014 hingga 2016 adalah sebanyak 566 kes. Sebanyak 256 kes telah selesai manakala sebanyak 310 kes sedang berjalan. Kes-kes adalah melibatkan pelbagai peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Majistret, Mahkamah Seksyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melibatkan pelbagai jenis kes termasuk tort kecuaian, perlanggaran tugas statutori, semakan kehakiman, penamatan kontrak dan sebagainya.
-
Nyatakan jumlah saman yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri dari 2014-2016
Jumlah saman yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti berikut:-
BIL
2014
2015
2016
1.
RM2,200,353.13
RM2,688,242.38
RM60,498,398.28
Untuk makluman Yang Berhormat, bayaran saman tersebut adalah merupakan kes-kes saman yang difailkan oleh Plaintif ke atas Kerajaan Negeri bagi kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun terdahulu. Sebahagian besar bayaran tuntutan gantirugi dan saman adalah melibatkan kes kecuaian/pelanggaran tugas statutori di bawah Kanun Tanah Negara dan penamatan kontrak oleh Kerajaan Negeri.