Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
228) KES SAMAN ANAK SYARIKAT NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci kes saman melibatkan semua anak syarikat negeri dari tahun 2008-2015?
Bagi persoalan ini, Kamar Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai maklumat dan data berkenaan dengan kes saman yang melibatkan semua anak syarikat Negeri. Ini kerana Kamar Penasihat Undang- Undang Negeri Selangor tidak mewakili mana-mana anak syarikat Negeri sekiranya sesuatu anak syarikat Negeri disaman di Mahkamah. Kewajipan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan Kamarnya adalah berdasarkan Perkara 52(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor yang menyatakan seperti yang berikut:
“Pelantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan
LII. (1) …
(2) … (b) Penasihat Undang-Undang Negeri hendaklah memberikan nasihat tentang perkara undang-undang yang dirujukkan kepadanya oleh Duli Yang Maha Mulia atau Kerajaan Negeri.”.
-
Nyatakan keputusan saman tersebut dan hukuman yang dikenakan?
- Seharusnya, persoalan ini hendaklah diajukan kepada setiap anak syarikat Negeri sendiri kerana anak syarikat Negeri akan mengambil peguam masing-masing untuk mewakili mereka bagi setiap kes di Mahkamah.