Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

22) KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila berikan senarai penuh dengan hospital di Selangor yang dilengkapi oleh One Stop Crisis Center (OSCC).

    Sumber daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyatakan bahawa kesemua hospital kerajaan di Selangor mempunyai melaksanakan program One Stop Crisis Centre (OSCC) – Pusat Khidmat Krisis Sehenti kecuali Hospital Orang Asli Gombak sahaja yang masih belum melaksanakan OSCC. Justeru itu, berikut adalah senarai hospital di Selangor yang dilengkapi oleh One Stop Crisis Center (OSCC) :-

    • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
    • Hospital Sungai Buloh
    • Hospital Selayang
    • Hospital Serdang
    • Hospital Kajang
    • Hospital Ampang
    • Hospital Banting
    • Hospital Shah Alam
    • Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
    • Hospital Tanjung Karang
    • Hospital Kuala Kubu Bharu
  2. Sila senaraikan badan-badan pertubuhan NGO di Selangor yang aktif dalam isu ini.

    Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), apatah lagi dengan badan kerajaan bagi menggembleng tenaga mengatasi isu dan permasalahan kes rogol dan gangguan seksual. Justeru itu, setakat ini antara NGO yang aktif dalam hal ini adalah PEKAWANIS, WAO dan IKRAM.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.