Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

60) KES PEROBOHAN RUMAH DAN KEDAI SERTA PENGUSIRAN PENDUDUK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan merancang untuk menyiasat anasir dalaman yang mungkin wujud daripada perobohan rumah dan kedai serta pengusiran penduduk di Persimpangan MRR2 di Kampung Pasir, Hulu Kelang dan perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dengan tujuan memburukkan imej kerajaan?

    P D/T PETALING

    Tanah terlibat merupakan tanah hak milik Persuruhjaya Tanah Persekutuan No.Lot 1210 (GRN 19583) dan telah dipajak kepada Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) melalui No. Perserahan : 30319/2008, yang terletak di Jalan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Mukim Damansara, Selangor.

    Pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Putrajaya telah menghantar surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling memohon bantuan untuk tindakan perobohan.

    Tindakan penguatkuasaan telah dijalankan pada 4 Oktober 2017 yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Dan Hasil Persekutuan (BPHP) Dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Putrajaya. Pihak JKPTG Putrajaya memohon anggota penguat kuasa daripada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling untuk membantu dalam memindahkan barang milik penghuni yang berada di dalam bangunan tersebut. Struktur yang terlibat sebuah kedai makan, tiga (3) buah stor dan sebuah rumah kediaman

    Dimaklumkan juga, segala operasi perobohan yang dijalankan Pejabat Daerah Dan Tanah perlu berlandaskan kepada Seksyen 425 KTN iaitu pendudukan tidak sah di atas tanah millik kerajaan. Dalam perkara ini, segala operasi yang melibatkan perobohan adalah tertakluk di dalam Kanun Tanah Negara dan Kaedah Tanah Selangor. Oleh yang demikian, apa-apa operasi yang telah dijalankan tidak sepatutnya dipersalahkan kembali kerana setiap langkah dan tindakan yang diambil berlandaskan kepada tatacara yang betul.

    Mengulas mengenai isu anasir dalaman, ianya dilihat wujud berdasarkan kepada ketidakpuasan hati segelintir individu ataupun kumpulan yang dilihat cuba membuat kacau ganggu apabila suatu operasi itu dijalankan. Oleh yang demikian, kesemua agensi kerajaan yang terlibat di dalam mana-mana operasi perlulah lebih peka dan tegas di dalam membuat sebarang keputusan agar ianya tidak digunakan sebagai alasan untuk memburukkan kembali imej kerajaan.

    P D/T GOMBAK

     

    Untuk makluman perobohan rumah  dan  kedai  serta  pengusiran  penduduk  di Persimpangan MRR2 di Kampung Pasir, Hulu Kelang, segala operasi perobohan yang dijalankan Pejabat Daerah Dan Tanah perlu berlandaskan kepada Seksyen 425 KTN iaitu pendudukan tidak sah di atas tanah milik kerajaan. Dalam perkara ini, segala operasi yang melibatkan perobohan adalah tertakluk di dalam Kanun Tanah Negara dan Kaedah Tanah Selangor. Oleh yang demikian, apa-apa operasi yang telah dijalankan tidak sepatutnya dipersalahkan kembali kerana setiap langkah dan tindakan yang diambil berlandaskan kepada tatacara yang betul.

    Mengulas mengenai isu anasir dalaman, ianya dilihat wujud berdasarkan kepada ketidakpuasan hati segelintir individu ataupun kumpulan yang dilihat cuba membuat kacau ganggu apabila suatu operasi itu dijalankan. Oleh yang demikian, kesemua agensi kerajaan yang terlibat di dalam mana-mana operasi perlulah lebih peka dan tegas di dalam membuat sebarang keputusan agar ianya tidak digunakan sebagai alasan untuk memburukkan kembali imej kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.