Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
78) KES PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING,1974
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah dan jenis kes pendakwaan mahkamah bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap kilang-kilang di Selangor sejak tahun 2020.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah dan kes pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang telah selesai pada tahun 2020 adalah sebanyak 333 pertuduhan yang telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda terkumpul sebanyak RM 4,310,500.00. Manakala pada tahun ini, sehingga bulan Ogos 2021, sebanyak 269 pertuduhan yang telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda terkumpul sebanyak RM 2,087,000.00.
Kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 adalah yang tertinggi berbanding kesalahan di bawah Seksyen-Seksyen lain. Hal ini disebabkan penguatkuasaan bersepadu antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat ke atas kilang-kilang kitar semula plastik terpakai yang beroperasi tanpa alat kawalan pencemaran dan gagal menyediakan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) untuk kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Butiran terperinci pecahan kes mahkamah selesai adalah seperti di LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B.
-
Nyatakan keputusan mahkamah terhadap kes-kes tersebut jika ada.
Jawapan sama seperti di atas (a)