Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
280) KES PENCULIKAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah culik terutama kepada kanak-kanak sekolah serta orang dewasa. Adakah semua kes-kes diselesaikan serta diambil tindakan oleh pihak polis?
Sepanjang tahun 2020 sehingga 2022 (Jan – September) sebanyak 42 kes di laporkan. Pecahan statistik mengikut kes adalah seperti berikut;-
-
Sejauh manakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri berkaitan keselamatan pelajar-pelajar di sekolah?
1) Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
- Setiap sekolah di Negeri Selangor, pihak polis telah meletakkan seorang pegawai polis yang bekerja didalam daerah sekolah terbabit sebagai pegawai perhubungan sekolah. Apa-apa permasalahan disiplin, jenayah atau maklumat yang berkaitan pelajar, pihak sekolah boleh berhubung dengan pegawai polis yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM
2) Rondaan MPV dan URB
- Rondaan MPV dan URB sentiasa giat dijalankan terutama ketika pelajar hadir ke sekolah dan habis waktu persekolahan. Rondaan berkala ini bagi memastikan pelajar berasa selamat ketika berada diluar sekolah. Ia juga memastikan tiada unsur-unsur jenayah diluar sekolah yang melibatkan pelajar.
3) Ceramah Keselamatan
- Pihak PDRM juga ada mengadakan ceramah keselamatan di sekolah bagi memberi kesedaran kepada pelajar serta guru berkaitan jenayah serta disiplin pelajar sekolah. Ceramah keselamatan bukan hanya diadakan di sekolah, malahan di kawasan rukun tetangga yang melibatkan kanak-kanak, orang dewasa serta ibu bapa.
4) Mengenalpasti Pelajar Bermasalah
- Pihak sekolah dan PDRM bekerjasama dalam mengenalpasti pelajar yang bermasalah yang terlibat dengan kes jenayah dan kongsi gelap dan akan memberikan perkhidmatan kaunseling jika di perlukan. Pihak sekolah dan PDRM juga ada melakukan mesyuarat berkala bersama pejabat pendidikan daerah setiap 6 bulan sekali.
Pihak PDRM sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar sekolah.