Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
257) KES PENCERAIAN DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pasangan beragama Islam yang bercerai dari tahun 2013 sehingga kini?
Jumlah pasangan beragama Islam yang bercerai dari tahun 2013 sehingga kini adalah seperti berikut:
Tahun Cerai 2013 6,099 2014 6,895 2015 8,063 2016 8,721 2017 (sehingga September)
6,243 JUMLAH 36,021 -
Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan penceraian ini berlaku?
Berpasang-pasangan adalah fitrah semulajadi manusia dan ia merupakan suatu keperluan. Tujuan perkahwinan antaranya adalah untuk menghubungkan silaturrahim serta melahirkan perasaan sayang. Perkahwinan adalah institusi yang menyatukan dua hati untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka dalam kehidupan. Pernikahan adalah di antara sunnah Rasulullah S.A.W, di mana siapa yang melakukannya akan mendapat pahala. Manakala perceraian pula, ia bukanlah suatu yang digalakkan, tetapi ia merupakan jalan penyelesaian terakhir dalam menangani krisis rumah tangga yang tiada penghujungnya, dan sebab itulah perceraian dibolehkan dalam
Berdasarkan pemerhatian, faktor utama perceraian di Selangor adalah disebabkan kelemahan pasangan-pasangan dalam mengamalkan ajaran Islam atau meninggalkan ajarannya.
Kesannya akan lahir perasaan tidak berpuashati, rasa tidak bertanggungjawab yang seterusnya akan membawa kepada kejadian buruk seperti pukul dan sebagainya dan akhirnya pasangan memfailkan perceraian.
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menangani masalah ini?
Bagi menangani masalah tersebut, JAIS menganjurkan program-program kekeluargaan secara holistik bermula dari kelahiran, remaja sehingga membina keluarga, antaranya:
- Program Kursus Pra Perkahwinan Islam
- Program Modul Keluarga Sakinah
- Syurga Rumahtangga“ Suamiku Inspirasiku Isteriku Bidadariku”
- Amanah dalam Rumahtangga
- Akidah Sejahtera KeluargaTerpelihara
- Zina : Maksiat Paling Keji Dilaknat Allah
- Maqasid Syariah Membawa Kebaikan Kepada Keluarga
- Program Pasca Perkahwinan (Melalui Empat Modul)
- Bulan Madu (bagi usia perkahwinan 0 – 5 tahun)
- Sehati Sejiwa (bagi usia perkahwinan 6 – 10 tahun)
- Semarak Kasih (bagi usia perkahwinan 11 – 20 tahun)
- Syurga Cinta (bagi usia perkahwinan 20 tahun ke atas)
- Program Seminar Keluarga Bahagia.
- Forum Kekeluargaan (Bersempena Program Karnival Kampungku Kesayanganku – 3K)
Selain daripada itu, JAIS juga melaksanakan usaha-usaha berikut:
- Melantik Pegawai Khidmat Nasihat dan menempatkan mereka di seluruh Pejabat Agama Islam daerah yang berperanan untuk:
- Menerima sebarang aduan rumahtangga
- Memberi khidmat nasihat dan kaunseling
- Mengenal pasti punca masalah dan perselisihan pasangan
- Memberi bimbingan penyelesaian konflik dan jalan keluar masalah
- Membentuk Jawatankuasa Pendamai dan melaksanakan sesi pendamaian bagi pasangan yang telah mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Syariah dan mahkamah mendapati ada kemungkinan munasabah pasangan tersebut boleh
- Melaksanakan operasi Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti yang turut merangkumi Modul Perkhidmatan Keluarga