Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

30) KES PENCEMARAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan dan perkembangan kes pencemaran yang telah berjaya mendakwa di mahkamah.

    Bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakang, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah berjaya mendakwa pesalah-pesalah alam sekitar atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

    Berdasarkan maklumat-makumat tersebut juga, didapati kebanyakan kesalahan atau pertuduhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 melibatkan kesalahan-kesalahan berkaitan Seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (gagal menjalankan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)], Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

  2. Apa tindakan Kerajaan bagi mengurangkan kes pencemaran yang menjadi gangguan kepada penduduk?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor melaksanakan tindakan-tindakan berikut bagi mengurangkan kes pencemaran yang menjadi gangguan kepada penduduk iaitu:-

    (i) Penguatkuasaan dilaksanakan mengikut sektor yang dikenalpasti penyebab utama pencemaran
    Melalui kaedah ini, JAS akan memberi tumpuan kepada sektor tertentu yang telah dikenalpasti menyumbangkan kepada masalah pencemaran semasa. Sebagai contoh, dalam tahun 2020 sektor yang dipilih adalah Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual); Loji Pengolahan Kumbahan dan Industri Kimia. Ini adalah susulan daripada kejadian pencemaran semasa yang berpunca daripada ketiga-tiga sektor ini. Penentuan keutamaan ini akan membolehkan JAS melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih terperinci dan baik kepada punca-punca berkenaan. Penguatkuasaan terhadap sektor lain dijalankan juga mengikut program perancangan tahunan yang telah ditetapkan.

    (ii) Pelaksanaan Ops Gempur Bersepadu
    Pelaksanaan Ops Gempur ini melibatkan operasi bersepadu iaitu:

    (a) Ops Rentas Kebangsaan yang melibatkan pelaksanaan mengikut empat zon iaitu Tengah, Selatan, Utara dan Timur. Ia melibatkan gabungan beberapa negeri mengikut zon;
    (b) Ops Rentas Negeri yang dilaksanakan di peringkat Negeri yang melibatkan anggota JAS di dalam negeri berkenaan; dan
    (c) Ops Gerak yang melibatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan bermotor di peringkat Negeri.

    Pemilihan kawasan untuk Ops Gempur ini akan ditumpukan ke kawasan-kawasan industri tertentu yang dikenalpasti bermasalah.

    (iii) Penguatkuasaan mengikut musim
    JAS akan menumpukan kepada punca yang menjadi punca utama pencemaran pada masa tertentu, contohnya semasa musim kering, tumpuan penguatkuasaan adalah terhadap punca yang menyebabkan pencemaran udara yang tinggi, kawasan tanah gambut, kawasan pembinaan dan kawasan yang dikategorikan mudah untuk berlakunya pembakaran terbuka.

    (iv) Peningkatan penggunaan teknologi
    Penggunaan seluruh sistem online sedia ada dalam membantu JAS untuk menjalankan penguatkuasaan. Contohnya dalam kawalan pengurusan buangan terjadual, sistem e-swiss akan ditambahbaik dengan penambahan modul import/eksport, penggunaan Waste Acceptance Criteria (WAC), Waste Characteristic (WC), penambahbaikan tracking system ke atas pengangkut yang dilesenkan dan penambahbaikan syarat lesen. Manakala dalam Kawalan pencemaran air, penggunaan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) melalui sistem sistem telemetri, simulasi trajektori tumpahan minyak dan pencemaran air tanah. Bagi kawalan pencemaran udara, penggunaan sensor bagi pengesanan pelepasan asap hitam daripada kenderaan, penambahbaikan sistem pemantauan CEMS, sistem pengawasan udara secara telemetri, mobile emmission unit dan modeling pencemaran udara. Selain daripada itu, pemantauan melalui udara menggunakan drone akan dipertingkatkan bagi membolehkan pengawasan dilakukan meliputi kawasan yang lebih luas dan menjimatkan masa serta kos.

    (v) Kaedah big data analytics
    Perkongsian maklumat yang melibatkan data-data dalaman JAS yang telah sedia ada dan data yang diperolehi daripada pihak luar. Kebolehcapaian maklumat yang diperlukan dalam siasatan kes pencemaran terutamanya maklumat-maklumat yang bukan di bawah kawalan JAS akan memudahkan punca pencemaran dikesan dan memendekkan tempoh siasatan, seterusnya kesan pencemaran akan dapat diminimakan.

    (vi) Penglibatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan alam sekitar

    (a) Melalui Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar yang dipengerusikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dengan alam sekitar bagi mengenalpasti isu dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan lanjut terhadap sesuatu isu pencemaran, terutamanya yang di luar bidang kuasa dan kawalan JAS.

    (b) Bagi kes-kes pencemaran di mana terdapat agensi- agensi yang menyelia dan melaksanakan pemantauan di bawah Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar ini, disyorkan agensi tersebut mempengerusikan Jawatankuasa Kecil bagi menyelaras tindakan pemantauan dan penguatkuasaan seperti berikut:

    (c) Selain dari itu, bagi kes-kes pencemaran kacau ganggu seperti pembakaran terbuka di kawasan perumahan, gangguan bunyi bising di kawasan perumahan dan komersial serta kes-kes kacau ganggu yang lain, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan di bawah bidangkuasanya.

    (d) Tindakan penyelarasan dan pemantauan terhadap isu pencemaran dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar dilaksanakan sehingga isu selesai sepenuhnya.

  3. Nyatakan kes pencemaran dan tindakan pencegahan di DUN Rawang.

    Berdasarkan data aduan pencemaran yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor untuk tempoh lima (5) tahun kebelakang, kes pencemaran yang berlaku di DUN Rawang adalah seperti  jadual di bawah:-

Lampiran

Tiada Lampiran.