Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

121) KES PENAGIHAN DADAH DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penagih dadah di Selangor dari tahun 2012-2015 mengikut daerah.

     

    Jumlah Penagih Dadah di Negeri Selangor Mengikut Daerah

    Tahun 2012 – Tahun 2015

     

     

     

     

     

    BIL

     

     

     

    DAERAH

    TAHUN
    2012 2013 2014 2015
    JANTINA   JANTINA   JANTINA   JANTINA  
    L P JUMLAH OKP L P JUMLAH OKP L P JUMLAH OKP L P JUMLAH OKP
    1 PETALING 1002 62 1064 913 56 969 692 46 738 1059 77 1136
    2 AMPANG 902 45 947 824 38 862 689 27 716 826 40 866
    3 GOMBAK 754 26 780 683 17 700 550 26 576 554 27 581
    4 KLANG 1170 39 1209 921 37 958 703 26 729 479 23 502
    5 HULU LANGAT 458 23 481 663 20 683 795 17 812 782 28 810
    6 HULU SELANGOR 339 6 345 353 6 359 253 4 257 212 6 218
    7 KUALA SELANGOR 301 6 307 241 6 247 195 4 199 218 9 227
    8 KUALA LANGAT 280 5 285 189 5 194 123 3 126 110 7 117
    9 SABAK BERNAM 265 13 278 247 13 260 238 9 247 322 16 338
    10 SEPANG 280 4 284 202 4 206 161 4 165 160 9 169

     

     

     

    JUMLAH KESELURUHAN

    5751 229 5980 5236 202 5438 4399 166 4565 4722 242 4964
    L 20,108 (Tahun 2012 – Tahun2015) P 839 (Tahun 2012 – Tahun 2015)
    20,947 (Tahun 2012 – Tahun 2015)
  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membanteras masalah tersebut?

    Sepanjang tempoh Tahun 2012 hingga kini, pihak Kerajaan Negeri bersama- sama Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) sentiasa bekerjasama bagi membantu menangani permasalahan dadah di Negeri Selangor. Pelbagai program / aktiviti kesedaran, pemulihan dan penguatkuasaan undang- undang telah dilaksanakan melibatkan golongan sasar seperti kanak-kanak, pelajar sekolah rendah & menengah serta IPA/IPTS, golongan pekerja dan masyarakat keseluruhannya. Kerjasama dilakukan secara berterusan dan merangkumi aspek spiritual serta fizikal

     

    Sepanjang tempoh tersebut pihak Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan program sebagaimana berikut :

     

    Tahun 2012        = RM 200,000.00

    Tahun 2013        = RM 200,000.00

    Tahun 2014        = RM 100,000.00 Tahun 2015                             = TIADA

    Tahun 2016        = TIADA

     

    Pejabat YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor juga telah membantu AADK Selangor dalam kempen kesedaran dan pendidikan pencegahan dadah bersempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2015. Pejabat YB SUK Selangor telah mewar-warkan Mesej Antidadah – A Message of Hope: Drug Use Disorders Are Preventable and Treatable kepada agensi dan jabatan kerajaan di Selangor. Ini termasuklah mempromosikan AADK Open Day bagi memberi peluang untuk berinteraksi terus dengan pihak pengurusan tertinggi AADK secara atas

     

    Bagi tahun 2016, YB SUK telah menerima kunjungan hormat rombongan pengurusan tertinggi AADK yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Izhar bin Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK ke pejabat beliau bersempena dengan program Jelajah AADK sebagai sebahagian daripada Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 pada 17 Februari 2016 yang lalu. Kunjungan ini adalah bagi mengeratkan kerjasama bagi melancarkan lagi usaha memerangi dadah habis-habisan di antara AADK Selangor dan pihak pentadbiran Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.