Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

33) KES PEMBUANGAN BAYI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kes pembuangan bayi di Selangor mengikut bangsa bagi tahun 2007 hingga Sept 2010

    Seperti di lampiran.

     

  2. Apakah hukuman atau denda yang di kenakan kepada pasangan yang membuang bayi?

    Seperti di lampiran.

     

  3. Apakah bentuk pencegahan, kaunseling dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menyekat kes ini terus berlaku

    Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sentiasa mengadakan program-program pencegahan dari semasa ke semasa untuk mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa di Negeri ini. Program-program pencegahan yang diadakan adalah melalui Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Daerah (PPKK) dan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD). JKKD di setiap daerah yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat sentiasa membantu pihak Jabatan menganjurkan pelbagai aktiviti serta program kesedaran, bimbingan dan motivasi bagi menangani gejala sosial kanak-kanak. Sementara PPKK selain memberi penekanan kepada kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, turut sama membantu mencegah berlakunya kerosakan akhlak kanak-kanak dan lain-lain masalah sosial.

    Selain itu, pihak JKMN Selangor juga turut terlibat dalam Bengkel Pelan Tindakan Menangani Isu Pembuangan Bayi yang merangkumi pelbagai aspek seperti advokasi, pencegahan, intervensi dan pemulihan.

     

     

    Manakala bagi institusi di bawah JKM yang memberikan perlindungan dan pemulihan bagi kanak-kanak / wanita mengandung. Pihak pegawai kaunselor sentiasa aktif menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan selain mengadakan program-program kesedaran di peringkat institusi berkenaan. Seramai 20 orang kaunselor ditempatkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan institusi yang memberikan perkhidmatan khidmat nasihat dan tele kaunseling pada waktu pejabat. Pada masa yang sama, sekiranya perlu perkhidmatan kaunseling akan diberikan bukan sahaja kepada individu malah turut kepada keluarga dan bagi tujuan tersebut., pihak yang berkenaan perlu menghubungi PKMD yang berdekatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.