Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

117) KES PEKERJA KILANG

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kekeliruan berlaku dari segi bilangan tertinggi pesakit COVID-19 adalah di Selangor. Banyak pihak menyalahkan kerajaan ini. Siasatan menunjukkan bilangan ini berpunca dari kilang-kilang. Apakah masalah sebenar?

    Data menunjukkan, hanya sejumlah 10-12% kes daripada keseluruhan kes harian adalah berkaitan dengan kluster kilang. Pemantauan SOP di kilang-kilang oleh pihak Unit Inspektorat dan Perundangan JKN Selangor serta dari PKD-PKD merumuskan bahawa pematuhan SOP di kilang-kilang adalah baik.

    unca jangkitan boleh berlaku samada di komuniti ataupun di kilang, namun perebakan meluas banyak berlaku di tempat tinggal pekerja samada di rumah-rumah sewa, asrama pekerja mahupun rumah persendirian.

Lampiran

Tiada Lampiran.