Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

197) KES PAIP PECAH DAN KUALITI BEKALAN AIR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes dan kos penyelenggaraan paip pecah mengikut wilayah sejak 2016.

    Berikut adalah jumlah kes dan kos yang terlibat untuk laksanakan kerja-kerja penyenggaraan paip pecah dari tahun 2016 sehingga Januari

     

    Bil.

     

    Wilayah

    2016 2017 2018

    (Januari)

    Kes RM Kes RM Kes RM
    1 Petaling 1,105 2,884,995.12 922 4,048,475.54 83 142,851.16
    2 Klang 540 6,189,896.22 665 6,121,097.80 51 473,127.96
    3 Gombak 754 2,286,546.25 827 2,322,255.62 54 127,532.47
    4 Kuala

    Lumpur

    853 2,783,249.46 680 2,959,711.97 62 405,176.34
    5 Hulu Langat 651 3,303,225.10 832 2,601,431.79 55 242,631.85
    6 Hulu

    Selangor

    709 1,211,620.78 526 1,438,000.09 44 102,869.29
    7 Sepang 315 1,090,149.53 269 758,941.65 16 58,038.54
    8 Kuala

    Langat

    381 820,697.42 375 964,624.16 24 78,963.45
    9 Kuala

    Selangor

    292 1,076,000.97 218 881,846.14 18 68,829.91
    10 Sabak

    Bernam

    182 1,009,537.18 84 733,681.11 1 70,252.97
    JUMLAH 5,782 22,655,918.03 5,398 22,830,065.87 408 1,770,273.94
  2. Apakah langkah-langkah diambil oleh Air Selangor bagi memastikan kualiti bekalan air tidak terjejas selepas berlaku kes paip pecah?

    Langkah-langkah yang diambil oleh Air Selangor bagi memastikan kualiti bekalan air tidak terjejas selepas berlaku paip pecah : i) melaksanakan kerja-kerja membersihkan air di dalam paip (flushing) yang akan dijalankan sebaik sahaja kerja pembaikan selesai. Selepas dari itu, (ii) ujian persampelan kualiti air akan dijalankan dengan parameter asas bagi menguji kekeruhan. Air akan disalurkan kepada pengguna selepas sahaja keputusan parameter yang diuji lulus dan melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Lampiran

Tiada Lampiran.