Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
87) KES PAIP PECAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kes dan kos penyelenggaraan paip pecah mengikut wilayah sejak tahun 2016.
Jumlah kes paip pecah sejak 2016 (5,782 + 2,716) adalah 8,498 seperti berikut.
Bil. Wilayah Jan-Dis 2015 Jan-Dis 2016 Jan-Jun 2017
1 Gombak 552 754 423 2 Hulu Langat 657 651 421 3 Hulu Selangor 610 709 255 4 Klang 309 540 372 5 Kuala Langat 431 381 179 6 Kuala Lumpur 884 853 335 7 Kuala Selangor 301 292 124 8 Petaling 949 1,105 413 9 Sabak Bernam 106 182 61 10 Sepang 302 315 133 Jumlah Kes 5,101 5,782 2,716 Purata 425 482 453 Varian – 57 – 29 Peratusan – 13% -6% Jumlah kos pembaikan paip pecah adalah RM 32 juta seperti berikut.
Bil. Wilayah Jan-Dis 2016 Jan’17 – Mei’17 1 Gombak 2,322,256 1,172,777 2 Hulu Langat 2,601,432 1,264,771 3 Hulu Selangor 1,438,000 667,235 4 Klang 6,121,098 2,549,571 5 Kuala Langat 964,624 293,226 6 Kuala Lumpur 2,959,712 1,174,936 7 Kuala Selangor 881,846 472,039 8 Petaling 4,048,476 1,506,028 9 Sabak Bernam 733,681 444,061 10 Sepang 758,942 600,365 Jumlah 22,830,066 10,145,010 -
Adakah benar kes paip pecah meningkat selepas Air Selangor Sdn. Bhd. mengambil alih SYABAS?. Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.
Secara purata kes paip pecah pada tahun 2016 mencatatkan peningkatan sebanyak 13% berbanding dengan tahun 2015. Pada tahun 2017, purata kes paip pecah mencatatkan penurunan 6% berbanding dengan tahun 2016.