Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

6) KES PAIP AIR PECAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan setiap kejadian kes paip air pecah di DUN Pelabuhan Klang bagi tahun 2016 sehingga kini.

    Sebanyak 41 insiden paip pecah direkodkan pada tahun 2016 dan 60 kes pada tahun 2017. Bagi tahun 2018 sehingga kini 18 kes telah direkodkan. Butiran dan faktor kejadian adalah seperti jadual di bawah.

    Statistik Paip pecah di Dun Pelabuhan Klang bagi tempoh 2016 hingga 2018:

  2. Juga berikan tempoh gangguan bekalan air bagi setiap kes tersebut.

    Pertanyaan YB Pelabuhan Klang berhubung tempoh gangguan bekalan air bagi 119 kes insiden paip pecah di atas, sebanyak 116 kes bersamaan 97.4 % kerja kerja pembaikan/tempoh gangguan adalah dalam tempoh 24 jam dan 3 kes atau 2.6% dalam tempoh 36 jam.

    Berdasarkan piagam pelanggan bagi tempoh masa penutupan/gangguan ekoran kerja kerja pembaikan paip pecah adalah ditakrifkan seperti berikut :

    1. Paip Komunikasi bersamaan atau tidak melebihi 200mm adalah tidak melebihi 1 hari atau 24 jam
    2. Paip bersaiz 200mm hingga 600mm tidak melebihi 2 hari atau 48
    3. Paip bersaiz 600mm hingga 1,200mm tidak melebihi 3 hari 72 jam
    4. Paip bersaiz 1,200 keatas tidak melebihi 96

     

    Walaubagaimanapun pihak Air Selangor telah mengambil inisiatif mengerakkan bantuan bekalan air alternatif melalui lori-lori tangki air ke kawasan penduduk yang terjejas berdasarkan situasi bagi gangguan yang melebihi 12 jam.

    Sebagai kesimpulan kerja-kerja pembaikan paip pecah dan tempoh gangguan di DUN Pelabuhan Klang telah menepati Piagam Pelangan yang ditetapkan. Pecahan bagi setiap kes adalah seperti jadual di Lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.