Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

23) KES KEMATIAN AKIBAT COVID-19 DI MUKIM KLANG DAN SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Mukim Klang dan Negeri Selangor dari 1hb Jan 2021 hingga 31hb Jul 2021.

    Jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Mukim Klang dan Negeri Selangor dari 1hb Jan 2021 hingga 31hb Jul 2021.

    Mukim Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Jumlah Keseluruhan
    Klang 14 10 4 10 46 83 161 328

     

    Maklumat kematian mengikut bulan adalah seperti berikut:

    BULAN GOMBAK HULU LANGAT HULU SELANGOR KLANG KUALA LANGAT KUALA SELANGOR PETALING SABAK BERNAM SEPANG JUMLAH
    Jan 8 28 2 24 2 7 30 2 3 106
    Feb 25 40 1 10 4 3 39 2 5 129
    Mac 12 6 2 6 5 3 12 0 1 47
    April 4 18 1 11 2 2 11 0 3 52
    Mei 59 108 12 59 19 10 107 2 8 384
    Jun 121 207 18 101 42 29 239 7 40 804
    Julai 239 422 47 184 55 39 517 10 54 1567
    Ogos (10/8) 204 200 21 82 25 21 329 7 18 907
    JUMLAH 672 1029 104 477 154 114 1284 30 132 3996
  2. Berapakah kes kematian disebabkan varian Delta, Alpha, Gamma dan Beta?

    Tiada data di peringkat CPRC JKNS tentang kematian yang disebabkan oleh jenis varian yang berlainan. Tidak semua kes dijalankan ujian penjujukan genom bagi menentukan jenis varian. Hanya sebilangan kecil kes yang dijalankan ujian tersebut dan hasil ujian tidak dapat diekstrapolasi kepada penyebab kematian kerana data yang tidak bersifat representatif.

Lampiran

Tiada Lampiran.