Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
151) KES KEJADIAN PENYAKIT KRONIK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mencegah kes Rabies, Tuberculosis, Leptospitosis dan Leprosy di setiap PBT?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan bahawa sehingga kini tiada kes rabies yang dilaporkan berlaku di negeri Selangor. Menurut Kementerian Kesihatan, Negeri Selangor diklasifikasikan sebagai bukan negeri berwabak (untuk kes rabies) dan juga termasuk dalam senarai negeri bukan penampan (“immune belt”) atau yang berisiko seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan tetap dijalankan bagi memantau setiap kes gigitan anjing atau haiwan liar di Selangor, dan hasil pemantauan turut dikongsikan bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor sebagai salah satu usaha mencegah kejadian kes Rabies di Selangor.
Bagi kes Leptospirosis, sehingga kini dicatatkan 574 kes leptospirosis dilaporkan di negeri Selangor berbanding 831 kes pada tahun 2016. Pada tahun ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menjalankan beberapa siri mesyuarat teknikal bersama agensi luar termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perhilitan, dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi membincangkan isu dan langkah kawalan penyakit bawaan haiwan seperti rabies dan leptospirosis. Sehingga kini, sebanyak 3 mesyuarat bersama agensi luar telah dijalankan iaitu pada bulan Februari, Ogos dan Oktober 2017.
Selain itu, hasil pemantauan siasatan mendapati salah satu faktor risiko jangkitan leptospirosis adalah melalui aktiviti air di pusat rekreasi semulajadi. Antara tindakan yang dijalankan oleh pihak JKN Selangor adalah termasuk:
- Meningkatkan kesedaran di kalangan pemilik pusat rekreasi melalui pemberian taklimat mengenai risiko leptospirosis dan keperluan menjaga kebersihan
- Mengadakan risk assessment setiap tahun di pusat rekreasi di Selangor, dan hasil risk assessment akan dibentangkan kepada stakeholder yang berkenaan untuk
- Menyampaikan maklumat mengenai risiko leptospirosis kepada pengunjung melalui pemasangan signage di puast rekreasi kelolaan PBT.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) turut terlibat dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit Rabies, Tuberkulosis dan Bruselosis memandangkan penyakit-penyakit ini merupakan sejenis penyakit zoonosis iaitu penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh DVS Selangor adalah seperti berikut:
1) Survelan Penyakit
- Ternakan dan haiwan disaring secara rawak sepanjang tahun di seluruh
- Sampel kepala anjing (otak) untuk Rabies diperolehi di kalangan anjing-anjing terbiar yang ditangkap oleh PBT. Sampel darah untuk Bruselosis dan Tuberkulosis daripada ternakan kerbau, lembu, kambing dan
- Sampel-sampel darah dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada terdapatnya penyakit ini atau
- Kawasan (untuk Rabies) atau ladang (untuk Bruselosis dan Tuberkulosis) yang mempunyai haiwan berpenyakit akan dikategorikan sebagai kawasan berwabak atau ladang positif penyakit.
- Sehingga kini, semua sampel untuk Rabies dari seluruh Selangor adalah
- Semua ternakan yang telah disahkan berpenyakit
2) Kawalan Penyakit
- Bagi ladang positif Bruselosis dan Tuberkulosis, sampel darah akan dibuat ke atas semua ternakan ladang
- Ladang terlibat perlu menjalani proses ini sebanyak 3 kali berturut-turut dengan selang setiap 4 hingga 6
- Ladang terlibat dengan semua ternakannya yang mendapat keputusan negatif dalam tempoh ini, diisytiharkan sebagai ladang negatif penyakit Bruselosis atau
- Seterusnya, ladang terlibat yang ternakannya negatif bagi 2 kali ujian berturut-turut, diisytihar sebagai ladang bebas penyakit Bruselosis atau
3) Kawalan Pergerakan Haiwan
- Semua ternakan (kerbau, lembu, kambing, bebiri dan unggas) yang hendak dipindahkan antara daerah dalam negeri Selangor dan/atau antara negeri dalam Semenanjung Malaysia, perlu mendapatkan Akuan Kebenaran Pemindahan Masuk/Keluar Ternakan (permit).
- Sampel darah semua ternakan yang hendak dipindahkan perlu diuji dan disahkan bebas penyakit Bruselosis dan Tuberkulosis sebelum diluluskan
- Langkah ini untuk mencegah penyakit
-
Sila menyatakan jumlah kes-kes tersebut untuk tahun 2016 sehingga bulan Oktober 2017 (ikut susunan Bulan).
Jumlah kes bagi Leptospirosis bagi tahun 2016 adalah sebanyak 831 kes dan 574 kes sehingga bulan Oktober 2017. Perincian mengikut bulan adalah seperti berikut :
Bulan Jumlah Kes Leptospirosis 2016 2017 Januari 63 51 Februari 54 60 Mac 101 61 April 69 55 Mei 41 55 Jun 68 83 Julai 103 55 Ogos 36 62 Sept 39 43 Oktober 41 49 November 103 Disember 113 Jumlah 831 574 -
Berapakah jumlah kes kematian telah direkodkan?
Jumlah kes kematian telah direkodkan bagi Leptospirosis adalah sebanyak enam 6) kematian iaitu tiga (3) pada 2016 dan tiga (3) lagi pada