Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

63) KES KEGANASAN RUMAH TANGGA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan kes keganasan rumah tangga mengikut DUN sejak tahun 2019.

    Statistik kes keganasan rumah tangga mengikut daerah kontinjen Selangor (Jan-Jun 2019)

     

    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga 30 Jun 2019, terdapat sebanyak 91 kes keganasan rumah tangga yang telah direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Pecahan kes mengikut kawasan DUN adalah seperti berikut:

  2. Senaraikan usaha Kerajaan Negeri bersama agensi yang relevan dalam menangani isu keganasan rumah tangga.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama agensi teknikal lain bagi menangani isu keganasan rumah tangga adalah seperti berikut:

    • Menganjurkan program yang berbentuk advokasi kepada agensi-agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan wanita dan keluarga, suri rumah dan golongan wanita. Tujuan program advokasi ini adalah untuk memberikan kesedaran terhadap hak-hak mangsa keganasan rumah tangga untuk mendapatkan perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2017). Antara program usaha sama pihak Jabatan bersama agensi yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 adalah seperti berikut;
    • Forum Wanita dan Perundangan anjuran Institut Wanita Berdaya pada 8 Mac 2019;
    • Forum Wanita dan Keluarga anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon 6, Majlis Bandaraya Shah Alam pada 21 April 2019;
    • Seminar berkaitan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2017) anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada 2 Mei

     

    • Mengadakan Mesyuarat Inter Agensi Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 pada 11 Mac 2019 bagi membincangkan isu keganasan rumah tangga yang melibatkan agensi lain yang berkaitan seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital, Jabatan Kecemasan Hospital, Mahkamah Majistret, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) dan Woman Aid Organization (WAO); dan

     

    • Penyertaan pameran-pameran yang menyalurkan maklumat oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di dalam Program 3W (Wellness, Welfare and Women) anjuran Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan keluarga yang diadakan setiap

     

Lampiran

Tiada Lampiran.