Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
286) KES JUVANA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menjamin keselamatan pelajar daripada terjebak dengan masalah gejala sosial dan jenayah juvana?
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama PIBKS telah mengadakan Seminar Meningkat Kehadiran dan Memperkasakan Sahsiah Diri Murid pada 23 Sept 2024 di Jabatan Tenaga Atom, Dengkil dimana Pengetua, Guru Besar bersama PIBG yang terpilih bagi 20 sekolah setiap daerah negeri Selangor diberi pendedahan mengenai cara menangani salah laku buli dan salah laku seksual melalui Slot bersama Jabatan Kebajikan Msyarakat (JKM) dan Forum bersama Ahli Panel SUHAKAM, UNIT D11 PDRM dan MCPF dan saluran info ini diperluaskan juga melalui seminar yang dijalankan di setiap daerah.
JPN Selangor juga telah mengeluarkan surat pemakluman pematuhan terhadap surat amaran dan surat pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa dalam menangani isu dan salahlaku murid murid sekolah pada 15 Mei 2024 kepada semua sekolah menengah dan rendah di negeri Selangor.
-
Nyatakan statistik pelajar bermasalah yang dilaporkan mengikut daerah & kaum di Selangor.
Berikut ialah statistik pelajar bermasalah yang dilaporkan mengikut daerah di Selangor.