Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

264) KES JENAYAH SYARIAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kes jenayah syariah yang telah direkodkan di Negeri Selangor?

    Kes Jenayah Syariah yang direkodkan di Negeri Selangor adalah sebanyak 16,790 kes.

  2. Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi agama ke arah menangani gejala sosial terutamanya penzinaan dikalangan remaja di Negeri Selangor?

    Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi agama ke arah menangani gejala sosial terutamanya penzinaan di kalangan remaja di Negeri Selangor adalah seperti:

    1. Mendidik masyarakat khususnya remaja dengan mengadakan program penjelasan jenayah syariah yang melibatkan kesalahan kesusilaan kepada remaja di sekolah-sekolah rendah, menengah dan IPTA/IPTS serta kepada masyarakat awam di masjid surau di seluruh Negeri Selangor untuk membantu mencegahnya khususnya berkaitan kesalahan zina dan khalwat.
    2. Tindakan mencegah juga dilaksanakan antaranya:

     

    • Menampal poster menghalang perbuatan maksiat di hotel-hotel seluruh negeri Selangor.
    • Menyebar luas maklumat dan kesedaran berkenaan kes-kes jenayah Syariah kepada masyarakat samada melalui edaran pamplet, infografik dan
    • Menyediakan teks khutbah berkaitan gejala sosial yang berleluasa di negeri Selangor.
    • Mengadakan rondaan berjadual di taman-taman atau tempat-tempat hotspot di seluruh negeri Selangor

    3. Meningkatkan tindakan penguatkuasaan dengan mengenalpasti lokasi-lokasi aduan yang diterima dari masa kesemasa sama ada tindakan secara bersepadu dengan agensi lain atau sebaliknya.

    4.Memberi kesedaran kepada Orang Yang Disyaki (OYDS) setelah tindakan penguatkuasaan dibuat agar mereka kembali kepada cara hidup Islam sebenar dengan:

    1. Membuat program dan kursus Amalan Mengikut Ajaran Rasulullah S.A.W. (AMAR) kepada Orang Yang Disyaki (OYDS).
    2. Menyediakan Modul pengisian program Amalan Mengikut Ajaran Rasulullah S.A.W. (AMAR) sebagai panduan penceramah dan pembimbing program tersebut.
    3. Memberikan saguhati kepada OYDS yang berupa Kit Solat

     

    Selain itu, Majlis Agama Islam Selangor di bawah Pelan Strategik MAIS telah mewujudkan Pelan Sokongan Sosial Islam. Melalui Pelan ini beberapa program telah dilaksanakan dengan kumpulan sasar tertentu termasuk remaja. Ia akan diselaraskan oleh 10 Penyelaras kluster yang antaranya ialah Kluster Riqab, Kluster Fakir Miskin, Kluster Kekeluargaan Islam, Kluster Dakwah dan Islah serta Kluster Amar Maaruf Nahi Mungkar.

Lampiran

Tiada Lampiran.