Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

216) KES JENAYAH DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes jenayah yang dilaporkan di Selangor pada tahun 2015 mengikut daerah?

    Jawapan akan disediakan oleh

  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk mengekang peningkatan kes jenayah di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui PBT mengekang peningkatan jenayah melalui strategi Pelan Tindakan pelaksanaan Program Bandar Selamat seperti berikut :

     

    1. Strategi 1 : Memperkasakan Jawatankuasa Bandar Selamat Dan Bebas Halangan ;
    2. Strategi 2 : Memperkukuhkan Hubungan Kerjasama Antara Polis, Pihak Majlis Dan Masyarakat Setempat;

     

    • Strategi 3 : Mengurangkan Peluang Berlakunya Jenayah Melalui Reka Bentuk Fizikal Melalui 5 Langkah Segera Program Bandar Selamat;
    1. Strategi 4 : Membina Kapasiti Dan Keupayaan;
    2. Strategi 5 : Mengadakan Aktiviti Kemasyarakatan Yang Berterusan Bagi Menanam Sikap Positif Di Kalangan Penduduk; dan
    3. Strategi 6 : Mengadakan Penguatkuasaan Pencegahan Jenayah

     

  3. Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah jenayah di Selangor pada 2015?

    Pelbagai program/aktiviti telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah jenayah di Selangor seperti pemasangan tiga langkah segera pencegahan jenayah jalanan iaitu pencahayaan, cermin keselamatan dan rel penghadang, pemasangan cctv, penyediaan tempat letak motosikal berkunci (TLMB), perkongsian maklumat bersama agensi-agensi/badan kerajaan yang lain berkaitan dengan aspek keselamatan daerah seperti JPAM, AADK, Pejabat

     

    Agama Daerah dan lain-lain. Perincian berhubung perbelanjaan serta kos adalah seperti berikut :

     

    PBT Anggaran (RM)
    MBSA 4,785,000.00
    MBPJ 3,717,250.00
    MPK 20,000.00
    MPAJ 305,441.00
    MPSJ 59,871,200.00
    MPS 50,000.00
    MPKJ 30,000.00
    MPSP TIADA
    MDKL 45,000.00
    MDHS TIADA
    MDKS 57,945.00
    MDSB 15,000.00
    JUMLAH 68,896,836.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.