Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

238) KES JENAYAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah kes jenayah berlaku di DUN Sementa sejak 2001 hingga 2024 mengikut kategori?

    Kawasan DUN Sementa dibawah pentadbiran IPD Klang Utara, mempunyai (2) buah Balai Polis iaitu Balai Polis Kapar dengan kekuatan terkini seramai 69 anggota diketuai seorang Ketua Polis Balai berpangkat Asistan Superintendan Polis (ASP) dan Balai Polis Sg Kapar dengan kekuatan terkini seramai 28 anggota diketuai seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan. Untuk makluman indeks jenayah dari tahun 2001 hingga 2009 tidak dapat dibekalkan memandangkan sistem laporan Polis masih belum ada pada masa itu.

     

    Berikut adalah kejadian jenayah yang berlaku dibawah DUN Sementa:-

     

    INDEKS JENAYAH BAGI TAHUN 2010 HINGGA 2024.

     

    JENAYAH KEKERASAN JUMLAH KES KES SELESAI PERATUS SELESAI
    BUNUH 126 100 79%
    ROGOL 282 266 94%
    SAMUN BERKAWAN BERS/API 8 2 25%
    SAMUN BERKAWAN TANPA BERS/API 3223 2115 65%
    SAMUN BERSENJATAPI 4 3 75%
    SAMUN TANPA S/API 757 539 71%
    MENCEDERAKAN 1333 1230 92%
    JUMLAH 5733 4255 74%
    JENAYAH HARTABENDA JUMLAH KES PENYELESAIAN KES PERATUS SELESAI
    CURI 2582 2063 79%
    CURI MOTOKAR 2562 1069 41%
    CURI MOTOSIKAL 8518 2623 30%
    CURI VAN/LORI/J’BERAT 920 333 36%
    PRC 2901 1725 59%
    JUMLAH 14583 7813 53%
    JUMLAH KESELURUHAN JENAYAH 20316 12068 59%

     

    Sepanjang  tempoh dari tahun 2010 hingga 2024 sebanyak 20,316 kes jenayah telah dicatatkan di kawasan pentadbiran IPD Klang Utara Kontinjen Selangor dan sebanyak 12,068 kes telah Berjaya diselesaikan iaitu bersamaan dengan 59% penyelesaian kes. Perincian kejadian jenayah di dalam DUN Sementa mengikut tahun dari tahun 2010 hingga 2024 adalah seperti dilampiran.

  2. Apakah langkah kerajaan negeri dalam mengatasi masalah jenayah tersebut?

    1. Pengumpulan dan Analisis Data Jenayah

    Bagi pihak polis, kami sentiasa mengumpulkan data dan maklumat berkaitan kejadian jenayah yang berlaku, termasuk jenis jenayah, masa kejadian dan tempat kejadian. Analisis ini dapat membantu mengenal pasti corak jenayah dan Kawasan yang perlu diberi perhatian lebih.

     

    1. Kerjasama dengan Masyarakat dipertingkat

    Polis senantiasa menggalakkan bekerjasama dengan masyarakat setempat melalui program seperti ‘Polis Komuniti’. Ini akan membolehkan orang awam memberi maklumat tentang kegiatan jenayah dan menjadi mata dan telinga polis di lapangan.

     

    1. Pendidikan dan Kesedaran Masyarakat

    Mengadakan program kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat setempat melalui program seperti ‘Polis Komuniti’. Ini akan membolehkan orang awam memberi maklumat tentang kegiatan jenayah serta menjadi mata dan telinga polis di lapangan.

    1. Tindakan Penguatkuasaan yang Tegas

    Tindakan penguatkuasaan yang tegas sentiasa diambil terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah termasuk pendakwaan yang berkesan dan hukuman yang setimpal bagi memberi amaran kepada semua penjenayah terlibat.

     

    1. Tindakan Pencegahan Jenayah Berjangka Panjang

     

    Selain bertindak secara reaktif, pihak polis juga bekerjasama dengan agensi kerajan dan badan bukan Kerajaan untuk melaksanakan program jangka panjang, seperti mengurangkan kemiskinan, meningkatkan pendidikan, dan menyediakan peluang pekerjaan bagi mengurangkan punca utama jenayah.\

     

    1. Penglibatan Media dan Pengumuman Awam

    Menggunakan media untuk mengumumkan langkah-langkah yang diambil oleh polis dalam menangani jenayah, serta menggalakkan masyarakat untuk memberi kerjasama. Ini dapat meningkatkan kesedaran dan memberi impak positif kepada keselamatan komuniti.

     

    Langkah-langkah ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan diselaraskan dengan pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan agensi berkaitan untuk memastikan kejayaan dalam mengatasi masalah jenayah secara holistik.