Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

37) KES GELANDANGAN DI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik gelandangan di Negeri Selangor mengikut kawasan.

    1. Statistik gelandangan atau orang papa di negeri Selangor mengikut daerah sehingga Disember 2024 adalah seperti berikut:

     

    DAERAH BIL KES
    Petaling 11
    Hulu Langat 28
    Gombak 31
    Subang Jaya 26
    Shah Alam 11
    Kuala Selangor 13
    Klang 14
    Kuala Langat 7
    Sepang 5
    Hulu Selangor 5
    Sabak Bernam 5
    Jumlah 155
  2. Bagaimanakah kerajaan negeri Selangor menangani isu gelandangan?

    Bagi menangani isu gelandangan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui JKM Negeri Selangor telah mengambil langkah seperti berikut:

    • Mewujudkan kerjasama inter agensi melalui mesyuarat penyelarasan dan operasi menyelamat melibatkan Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen;
    • Menjalankan operasi menyelamat pengemis dan orang papa secara bersepadu, berjadual dan ad-hoc. Sehingga Disember 2024, sebanyak 199 operasi menyelamat pengemis dan orang papa telah dijalankan oleh JKM dan seramai 155 orang telah berjaya diselamatkan; dan
    • Menempatkan orang papa di tempat perlindungan dan pemulihan khusus bagi kemasukan orang papa dan gelandangan yang memerlukan, sepertimana di bawah tafsiran Seksyen 2, Akta Orang-Orang Papa 1977. Terdapat dua institusi perlindungan dan pemulihan orang papa iaitu Desa Bina Diri Mersing, Johor dan Desa Bina Diri Jerantut, Pahang.
  3. Adakah kerajaan negeri Selangor membina rumah transit bagi golongan ini?

    Setakat ini, pihak JKM Negeri Selangor menempatkan sementara kes-kes org papa yang diselamatkan di Pusat Sehenti Sg Buloh (Kompleks Penyayang Bakti Sg. Buloh). Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak merancang untuk mewujudkan Pusat Transit Gelandangan di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.