Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

290) KES DENGGI BAGI TAHUN 2023

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jumlah kes kematian akibat denggi mengikut daerah,

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, bagi tahun 2023 negeri Selangor mencatatkan 18 kematian akibat demam denggi, iaitu peningkatan sebanyak 62.7% berbanding 14 kematian pada tahun 2022. Taburan kes kematian demam denggi mengikut daerah di Negeri Selangor pada tahun 2023 adalah seperti berikut:

    Daerah Jumlah Kematian Pada Tahun 2023
    Petaling 9
    Klang 3
    Hulu Langat 2
    Hulu Selangor 2
    Gombak 1
    Sepang 1
    Jumlah 18

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, secara keseluruhan Negeri Selangor telah merekodkan sebanyak 703 lokaliti hotspot bagi wabak demam denggi pada tahun 2023, ini merupakan penurunan sebanyak 15% berbanding dengan tahun 2022 dimana sebanyak 828 lokaliti telah menjadi hotspot bagi wabak demam denggi. Taburan lokaliti hotspot bagi demam denggi mengikut daerah untuk tahun 2023 berbanding 2022 adalah seperti berikut:

    Daerah Bilangan Lokaliti Wabak Demam Denggi Hotspot Tahun 2022 Bilangan Lokaliti Wabak Demam Denggi Hotspot Tahun 2023
    Petaling 384 272
    Hulu Langat 211 222
    Klang 164 114
    Gombak 1 73
    Kuala Langat 28 11
    Sepang 13 1
    Kuala Selangor 6 1
    Hulu Selangor 21 8
    Sabak Bernam 0 1
    Jumlah 828 703

    Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa komited dalam memastikan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi di negeri Selangor bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti disebabkan oleh demam denggi.  Bagi menangani kes demam denggi, beberapa langkah pencegahan dan kawalan telah dan akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bersama dengan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan. Antaranya adalah seperti berikut:

    1. Meningkatkan kesedaran orang awam mengenai denggi kepada komuniti melalui pesanan dan hantaran di media elektronik dan media sosial seperti radio, Facebook, TikTok dan sebagainya.

    1. Pelaksanaan program gotong-royong di lokaliti wabak serta penganjuran kempen pembersihan untuk melibatkan komuniti dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi yang berfokus pada penghapusan tempat pembiakan. Antara contoh program gotong-royong yang dianjurkan adalah Goro 1.0 dan 2.0 di semua daerah dengan Hulu Selangor dan Kuala Langat menjadi tuan rumah peringkat negeri.

    • Menjalankan Operasi Bebas Denggi Selangor (OBDS) yang melibatkan agensi-agensi luar seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah/Tanah (PDT) dan persatuan penduduk.

    1. Menjalankan Program Selangor Bebas Aedes melibatkan tempat kerja dan kuarters serta mengukuhkan Program Bebas Denggi di sekolah.

    1. Menggiatkan penggunaan repellent dan semburan aerosol di kalangan komuniti.

    1. Membincangkan cabaran dan isu berkaitan denggi di peringkat daerah melalui Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Mesyuarat dihadiri oleh semua pihak berkepentingan seperti Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), PBT, Ahli Majlis dan lain-lain. Mesyuarat akan membincangkan isu denggi secara terperinci terutamanya bagi isu yang sukar diatasi melibatkan lokaliti-lokaliti wabak serta tindakan pencegahan dan penambahbaikan yang perlu diambil bersama.

    • Perolehan perkhidmatan Pest Control Operator (PCO) oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu dalam kawalan denggi untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Penghapusan tempat pembiakan nyamuk (PTP), Semburan larviciding (untuk membunuh jentik-jentik) dan Semburan ruang termal (SRT)

    • Memperkasakan peranan penduduk/ agensi terlibat melalui penubuhan pasukan COMBI* bagi melaksana aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan.

    *NOTA: COMBI adalah singkatan untuk “Communication For Behavioural Impact”. Ia merupakan program yang diasaskan oleh World Health Organization (WHO) dan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku di kalangan individu, keluarga dan komuniti ke arah tingkah laku yang sihat.

  2. Hotspot yang disenaraikan oleh Kerajaan Negeri.

  3. Strategi Kerajaan Negeri dalam menangani kes denggi ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.