Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

137) KES DEMAM DENGGI, ZIKA DAN CHIKUNGUNYA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pecahan kes demam denggi, zika dan chikungunya mengikut daerah dan apakah langkah bagi mengurangkan kes-kes ini?

    Status pecahan kes demam denggi, Zika dan Chikungunya di Selangor
    Tahun 2017 (sehingga ME 41).

    Daerah Denggi Zika Chikungunya
    Gombak 4817 0 27
    Hulu Langat 12145 0 0
    Hulu Selangor 647 0 0
    Klang 6685 0 5
    Kuala Langat 1106 0 0
    Kuala Selangor 452 0 0
    Petaling 12000 0 1
    Sabak Bernam 159 0 0
    Sepang 1640 0 0
    Jumlah 39651 0 33

    Langkah bagi menangani isu ini:

    Oleh kerana vektor pembawa Virus Denggi, Zika dan Chikungunya adalah sama, maka aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit tersebut masih mengguna pakai strategi bagi penyakit denggi iaitu:

    • Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009-2013)
    • Hala Tuju Baru Untuk Kawalan Denggi 2014
    • Kes yang didaftarkan adalah kes yang telah disahkan dengan
      ujian makmal
    • Aktiviti source reduction ditingkatkan termasuk pemeriksaan premis
    • Aktiviti semburan ruang thermal (SRT) untuk kes positif.

    Fokus utama hala tuju kawalan ini adalah mengurangkan risiko pembiakan nyamuk melalui aktiviti “source reduction” yang menjadi punca utama.

    • Pendekatan aktiviti lapangan di Selangor menggunakan kaedah Ekosistem, iaitu mengutamakan aktiviti pencegahan.
    1. Pada 4 Februari 2015, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan Zika Alert Dan Arahan Pentadbiran Untuk Pemantauan Dan Pengurusan Jangkitan Virus Zika kepada semua JKN. Justeru JKN Selangor melaksana dasar dan usaha yang disyorkan termasuklah:
    2. Mengambil tindakan kesiapsiagaan bagi membendung penularan virus Zika dengan menjalankan Survelen klinikal untuk kes Zika di beberapa Klinik Kesihatan dan hospital di Selangor.
    3. Mengambil tindakan pencegahan dan kawalan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri seperti garispanduan kawalan denggi jika terdapat kes yang dilaporkan.
    4. Kesiapsiagaan dan Respons Pintu Masuk Antarabangsa Negara di Pintu Masuk Utama Negara di Negeri Selangor.
    5. Memanjangkan Zika Alert yang telah diumumkan oleh pihak KKM dan memaklumkan mengenai situasi virus Zika serta pelaksanaan pengurusan jangkitan virus Zika kepada fasiliti kesihatan kerajaan/swasta di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.