Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
106) KES DEMAM DENGGI DAN TINDAKAN OLEH KERAJAAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Setakat bulan Disember tahun 2010, berapakah jumlah kes demam denggi yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah ?
Notifikasi Demam Denggi Di Negeri Selangor- 2010
DAERAH BIL. KES BIL. KEMATIAN PETALING 5111 20 HULU LANGAT 4852 14 GOMBAK 3107 4 KLANG 1788 3 KUALA LANGAT 524 2 KUALA SELANGOR 310 1 HULU SELANGOR 300 1 SEPANG 229 0 SABAK BERNAM 146 0 JUMLAH 16367 45 -
Berapakah kes maut yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah
Sama seperti di SUB (a)
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang dan akan di lakukan bagi mengatasi atau mengurangi kes denggi di Negeri Selangor ?
- Langkah pencegahan Denggi termasuk:
- Mempergiatkan aktiviti gotong-royong dan penubuhan Jawatankuasa Combi di kawasan bermasalah penyakit Denggi
- Pengaktifan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, yang akan bermesyuarat setiap seminggu di semua daerah yang berwabak. Tujuan utama jawatankuasa ini adalah untuk menggerakkan pelbagai agensi daerah yang berkaitan untuk menyelesaikan faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian wabak denggi di daerah berkenaan
- Pendidikan komuniti berterusan tentang pemeliharaan kebersihan alam sekeliling dan ‘Kempen 10 Minit Seminggu’ untuk kawasan rumah
- Bekerjasama dengan agensi kerajaan, sekolah dan syarikat swasta untuk menubuhkan Skuad Anti-Denggi di tempat mereka untuk menghindarkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di tempat kerja
- Penguatkuasaan Kompaun minima RM 500 untuk semua premis yang dikenal pasti mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Untuk tapak pembinaan, perintah berhenti kerja (‘Stop Work Order’) dilaksanakan kalau terdapat pembiakan nyamuk Aedes.