Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
121) KERUNTUHAN TEBING SUNGAI KAMPUNG SUNGAI TANGKAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Aduan runtuhan tebing Sungai Tangkas telah disampaikan oleh pihak MPKK Kampung Sungai Tangkas pada 21 Oktober 2021. Pihak ADN Sungai Ramal telah menyampaikan surat peringatan sebanyak empat kali kepada pihak JPS Hulu Langat, tetapi hingga kini tebing masih belum dibaiki. Runtuhan tebing merebak semakin besar sehingga menjejaskan rumah yang berdekatan. Bilakah pihak JPS Hulu Langat akan mengambil tindakan untuk membaiki tebing tersebut?
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan kerja pembaikan/ pengukuhan tebing sungai Kampung Sungai Tangkas menggunakan Peruntukan Persekutuan seperti berikut:-
Bil. Tajuk
Kos
(RM)Tarikh Mula
Tarikh Siap
Status
1 Kerja-Kerja Memulihkan Sistem Saliran dan Membaikpulih Struktur Sungai Tangkas di Kampung Sungai Tangkas serta kerja-kerja berkaitan di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat 460,590.00
9.8.2022
27.10.2022
Siap
Jumlah
460,590.00