Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
186) KERTAS PUTIH
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan kertas putih menjelaskan isu-isu di Selangor seperti pengambilalihan hutang Talam, industri pasir, industri air dan YBK. Mengapakah sehingga kini kerajaan negeri gagal mengeluarkan mana-mana kertas putih tersebut?
Kerajaan negeri sememangnya ada menyatakan untuk mengeluarkan Kertas Putih Pelunasan Hutan Talam. Kertas Putih tersebut telah dibentang pada hari pertama Persidangan Dewan Negeri pada 19 November 2012
Kerajaan Negeri juga telah memfailkan Kertas Pemakluman bagi Penstrukturan Semula Industri Air pada hari yang sama.
-
Apakah pihak kerajaan negeri cuai sehingga gagal menjelaskan isu tersebut secara rasmi?
Kerajaan negeri tidak pernah cuai dalam mengendalikan isu pelunasan hutan Malah seluruh RM392 juta telah berjaya dikutip dan prosedur terperinci pelaksanaannya telah dinyatakan di dalam Kertas Putih berserta dengan laporan audit oleh Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG). Sebaliknya kegagalan nyata adalah dipihak Barisan Nasional yang walaupun ada membuat percubaan mengutip hutang Talam tetapi ternyata gagal. Kegagalan Barisan Nasional mengutip hutan Talam adalah disebabkan oleh tiga (3) perkara:-
- Tiada pengetahuan di dalam proses mengutip hutang secara keseluruhan;
- Tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut;
- Tiada kekuatan politik kerana mungkin ditekan kepentingan peribadi atau