Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

255) KERTAS KERJA CADANGAN WANG PENYELENGGARAAN SEBANYAK RM 1 JUTA OLEH 7 BUAH SYARIKAT KUARI DI MATANG PAGAR UNTUK JALAN MATANG PAGAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini kertas kerja tersebut yang masih lagi tergantung di pihak Majlis Perbandaran Selayang?

    Mesyuarat pada 6/2/2015 bersama Datuk SUK memutuskan pihak kuari perlu melantik Perunding Juruukur bagi cadangan pelebaran jajaran dari Matang Pagar ke Jalan hospital dan pihak MPS perlu menyelaraskan dari segi keperluan teknikal.

    Pihak kuari akan membuat pembentangan kajian pelan ukur jajaran pada 25/3/2015.

  2. Apakah pendirian pihak MPS untuk membuat keputusan memberikan kebenaran kepada pihak 7 syarikat kuari untuk menjalankan penyelenggaraan jalan tersebut?

    Pihak MPS berpendirian sekiranya pihak kuari sanggup untuk melebarkan dan menaiktaraf jalan Matang Jaya sehingga Jalan Kusta dengan kos ditanggung pihak kuari maka pihak MPS tiada halangan. Walau bagaimanapun sekiranya pihak kuari tidak sanggup di atas tanggungan kos tersebut, pihak kuari perlu menyediakan laluan alternatif.

Lampiran

Tiada Lampiran.