Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

120) KEROSAKAN STRUKTUR BANGUNAN DAN MENDAPAN TANAH DI TAMAN EMAS DENGKIL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan PBT bagi menangani masalah penduduk di kawasan ini?

    Kejadian mendapan tanah mula dikesan pada tahun 2010 hasil dari aduan- aduan penduduk. Pihak Majlis telah mengarahkan pihak Pemaju Tetuan Kemajuan Langat Sdn. BHd. untuk membuat kerja-kerja pembaikan. Disebabkan kejadian mendapan tanah masih berterusan pihak majlis mengarahkan pihak pemaju untuk membuat laporan kajian ‘Settlement Prediction’ . Hasil dari laporan tersebut pihak pemaju telah membuat surat akujanji bertarikh 17hb Ogos 2012 untuk memantau secara menyeluruh serta membaik pulih kerosakan yang diakibatkan oleh mendapan tanah terlibat untuk tempoh 10 tahun.

  2. Berapakah kos yang terlibat untuk kerja baik pulih kawasan tersebut?

    Dalam akujanji pemaju, segala kos untuk pembaikan struktur asal tidak termasuk struktur tambahan (ubahsuai) akan ditanggung oleh pihak pemaju Tetuan Kemajuan Langat.

  3. Bilakah penyelesaian muktamad dan kerja baik pulih dapat dilaksanakan?

    Kerja-kerja baikpulih sepenuhnya hanya akan dilaksanakan selepas proses pemendapan tanah selesai yang dijangka akan tamat dalam 2 tahun lagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.