Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

242) KEROSAKAN LAMPU JALAN DI JALAN BESAR SALAK – SEPANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakan punca yang menyebabkan permasalahan ini berlarutan selama 2 tahun?

    Jalan Besar Salak-Sepang (B48) adalah dibawah pentadbiran dan pengurusan pihak JKR. Dimaklumkan oleh pihak JKR bahawa punca kerosakan lampu jalan tersebut disebabkan oleh bayaran bil tertunggak yang belum diselesaikan oleh pihak JKK Kampung kepada TNB. Bil lampu jalan tersebut dibawah nama JKK Kampung Salak

  2. Apakan tindakan segera yang dapat diambil supaya masalah kesejahteraan rakyat ini dapat diselesaikan?

    Tindakan segera yang pelru dilaksanakan adalah menyelesaikan bil-bil tertunggak. Penyelarasan bersama Pejabat Daerah, pihak JKK Kampung, JKR dan TNB perlu dibuat bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

Lampiran

Tiada Lampiran.