Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

181) KEROSAKAN LAMPU ISYARAT DAN PAPARAN MASA DI TIGA (3) PERSIMPANGAN JALAN FT54 (PERSIMPANGAN SAUJANA – BANDAR BARU SUNGAI BULOH)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status baik pulih lampu isyarat di tiga (3) persimpangan di Jalan FT54?

    Pihak JKR telah memohon peruntukan sebanyak RM675,000.00 bagi pembaikan lampu isyarat di jajaran FT054.

  2. Bilakah baik pulih akan dimulakan dan dijangka siap?

    Perolehan bagi kerja-kerja tersebut dijangka akan dibuat pada bulan Mac 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2025

Lampiran

Tiada Lampiran.