Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
288) KEROSAKAN KEMUDAHAN DAN BANGUNAN PASAR BESAR KLANG JALAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Susulan lawatan wakil YAB MB dan EXCO, apakah status terkini tindakan aduan pelbagai kerosakan bangunan, kemudahan dan pengurusan?
Majlis sentiasa membuat pemantauan dengan sebaiknya dan menangani sebarang aduan yang diterima. Sebarang kerosakan akan cuba dibaiki berdasarkan situasi dan keperluan di tapak. Namun terdapat beberapa kemudahan yang memerlukan kos yang tinggi bagi pembaikannya, di mana Majlis telah memohon mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
-
Berapa kos dan apakah kerja-kerja baikpulih tersebut?
Dengan anggaran kos sebanyak RM100,000.00 pihak Majlis telah membuat penggantian paip yang bocor, mengganti tangki air di pasar borong, membuat pembaikan tandas, membaiki penutup longkang dan pendawaian motor pam biofilter. Majlis juga membuat penyelenggaraan berkala sistem rawatan kumbahan.
-
Bilakah kerja-kerja akan bermula?
Kerja – kerja pembaikan seperti di perkara (b) di atas telah pun siap dilaksanakan. Pada masa ini Majlis bercadang untuk menukarganti seunit motor pam kumbahan biofilter di kawasan pasar