Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

147) KEROSAKAN JALANRAYA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalanraya dari Ijok ke Bestari Jaya baru dirasmikan tetapi keadaan jalan tidak memuaskan, kerosakan sangat ketara setelah diturap masih perlu dibaiki.

    Jalan B35 menghubungkan Ijok ke Bestari Jaya siap dibina pada tahun 2015. Jalan tersebut dilebarkan dari satu lorong – dua hala kepada dua lorong – dua hala. Jalan tersebut terletak di kawasan tanah lembut yang memerlukan kaedah pengukuhan tanah bagi mengelakkan pemendapan jalan. Pengukuhan tanah hanya direkabentuk bagi kawasan lorong yang dilebarkan sahaja. Terkini, kerosakan yang berlaku akibat pemendapan tanah adalah di kawasan lorong jalan asal yang mana kerja-kerja pembaikan sedang giat

     

  2. Apakah langkah untuk mengenal pasti punca jalan itu sentiasa rosak?

    Langkah untuk mengenalpasti punca jalan itu rosak dengan melaksanakan ujian/kajian seperti berikut :-

    • Soil Investigation (SI)
    • Site observation ketika lawatan tapak

    Punca berlakunya kerosakan jalan adalah disebabkan oleh faktor berikut :

    • Pertambahan beban kenderaan di masa kini mengakibatkan tanah tersebut mengalami
    • Beban kenderaan melebihi had yang dibenarkan dimana jalan terpaksa menampung beban sehingga 36 tan berbanding beban rekabentuk jalan iaitu 8 tan satu
  3. Apakah tindakan seluruh yang diambil untuk mengatasi kerosakan jalan ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.