Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

194) KEROSAKAN JALAN PLB DISEBABKAN JENTERA KDEB

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan kerajaan dalam memperbaiki jalan PLB yang rosak akibat laluan kompakter KDEB ketika mengambil sampah di setiap rumah?

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    Tuan Speaker,

    Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya jalan PLB hanya boleh dilalui kenderaan berkapasiti di bawah 8 tan sahaja dan struktur jalan hanya mampu menampung beban di bawah kapasiti tersebut. Jalan PLB adalah jalan kampung yang melibatkan jalan berstatus rizab di bawah inventori Pejabat Daerah. Manakala jalan di atas tanah persendirian adalah di luar bidang kuasa Pejabat Daerah. Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan arahan kepada kontraktor yang dilantik untuk mematuhi penggunaan laluan yang dibenarkan dan bertanggungjawab menanggung kos pembaikan kerosakan yang berlaku ke atas jalan PLB yang dilalui.

  2. Apakah alternatif dalam memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi?

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    Tuan Speaker,

    Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya jalan PLB hanya boleh dilalui kenderaan berkapasiti di bawah 8 tan sahaja dan struktur jalan hanya mampu menampung beban di bawah kapasiti tersebut. Jalan PLB adalah jalan kampung yang melibatkan jalan berstatus rizab di bawah inventori Pejabat Daerah. Manakala jalan di atas tanah persendirian adalah di luar bidang kuasa Pejabat Daerah. Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan arahan kepada kontraktor yang dilantik untuk mematuhi penggunaan laluan yang dibenarkan dan bertanggungjawab menanggung kos pembaikan kerosakan yang berlaku ke atas jalan PLB yang dilalui.

Lampiran

Tiada Lampiran.