Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
401) KEROSAKAN JALAN GAJAH 23, KAMPUNG KUBU GAJAH, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah projek baik pulih Jalan Gajah 23 akan dimulakan?
Kerja pembaikan sebelum ini telah dilaksanakan pada tahun 2022. Kerosakan berlaku kembali disebabkan oleh laluan kenderaan berat dan kerja-kerja penambahan rumah dan laluan penduduk di kawasan berkenaan menyebabkan jalan tersebut kembali rosak. Kerja pembaikan semula di jangkakan akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2024.
-
Berapakah kos baik pulih jalan ini?
Anggaran kos bagi baik pulih jalan ini berjumlah RM100 ribu dan akan menggunapakai peruntukan belanja mengurus JKR Petaling (B12).
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab membaik pulih jalan ini?
Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling adalah agensi yang bertanggungjawab untuk membaik pulih jalan ini.