Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
93) KEROSAKAN JALAN DI PERSIARAN HAMZAH ALANG MERU
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada perancangan dan statusnya untuk baikpulih atau naik taraf jalan tersebut?
Jalan tersebut merupakan Jalan Persiaran Hamzah Alang FT3217 yang merupakan jalan persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Klang. Untuk makluman, Jabatan telah menerima peruntukkan di Jalan Persiaran Hamzah Alang FT 3217, Seksyen 0 sehingga Seksyen 7.0 sahaja. Walau bagaimanapun, Jabatan telah memanjangkan permohonan peruntukan untuk membaik pulih keseluruhan jalan tersebut dan kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan segera setelah kelulusan peruntukkan diterima.
-
Bagaimanakah perancangan baikpulih jangka pendek dapat dilaksanakan?
Sebagai tindakan reaktif, Jabatan telah mengarahkan pihak Konsesi Kontrak Jangka Panjang Jalan Persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan/ penampalan, sebagaimana skop kerja yang dipersetujui di dalam kontrak. Jabatan akan sentiasa memantau dari masa ke semasa demi keselamatan dan keselesaan awam.