Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

201) KEROSAKAN DAN KESESAKAN JALAN RAYA AKIBAT PROJEK-PROJEK PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA DAN PEMBENTUNGAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan bagi meminimumkan kesan kerosakan dan kesesakan jalanraya akibat projek-projek penggantian paip air lama dan pembentungan yang masih berjalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini?

    Antara langkah yang diambil oleh Pengurusan Air Selangor bagi meminimumkan kesan kerosakan dan kesesakan jalan raya akibat projek penggantian paip air lama adalah:

     

    • Pengawasan tapak yang lebih ketat. Pihak perunding projek dilantik dikendaki membuat pengawasan tapak sepenuh masa bagi memastikan mutu kerja-kerja pembaikan sementara dan kekal mematuhi

     

    • Memastikan kontraktor sentiasa membuat kerja-kerja penurapan sementara di bahagian yang rosak sehingga kerja penggantian paip siap sepenuhnya dan pembaikpulihan jalan kekal

     

    • Memastikan Kontraktor mematuhi Pelan Pengurusan Trafik bagi meminimumkan kesesakan jalan raya. Air Selangor juga akan mengalih trafik bagi membolehkan pemandu menggunakan jalan

     

    • Menyesuaikan jadual kerja berdasarkan keadaan trafik, iaitu mengelakkan penutupan jalan diwaktu puncak serta menjalankan kerja di waktu malam, sekiranya

     

    • Membuat penilaian yang berterusan terhadap prestasi kontraktor, agar kontraktor yang mempunyai prestasi kerja baik sahaja dipertimbangkan bagi projek-projek seumpamanya pada masa akan

Lampiran

Tiada Lampiran.