Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
256) KERJAYA PELAJAR LEPASAN UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peluang kerjaya bagi pelajar di Universiti Negeri Selangor selepas mereka menamatkan pelajaran mereka?
Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang kerjaya bagi pelajar di Universiti Negeri Selangor melalui anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Setiap peluang kerjaya dibuat melalui proses pengambilan biasa.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu graduan UNISEL mendapatkan tempat dan peluang pekerjaan?
Graduan UNISEL juga mendapat peluang kerjaya sebagaimana graduan-graduan daripada universiti lain di Selangor. Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri melalui MBI, SSIC, PKNS, WorldWide dan beberapa anak syarikat lain, memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan praktik. Latihan sebegini membuka peluang kepada graduan ini mendapatkan pekerjaan jika sekiranya kekosongan berlaku.