Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

204) KERJASAMA KERAJAAN NEGERI DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (PENDIDIKAN)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor terlibat dalam sebarang jawatankuasa atau saluran perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan? (Contoh: Isu pelajar miskin tidak memiliki komputer riba dan sebagainya). Sekiranya ada, senaraikan jawatankuasa dan fungsi jawatankuasa tersebut

    Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat secara langsung dalam jawatankuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan khusus pendidikan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam melaksanakan program-program melibatkan anak Selangor.

    Sebagai contoh, salah satu program di bawah Smart Selangor Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) iaitu Program Tuisyen Rakyat (PTRS) yang telah dimulakan sejak tahun 2012 melibatkan penglibatan secara langsung bersama pihak JPNS, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangor dan sekolah-sekolah yang terlibat di Negeri Selangor. Hasil daripada kerjasama dengan JPNS, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya memberikan faedah kepada 214 buah sekolah dan 9,518 orang pelajar di bawah PTRS bagi tahun 2021.

    Justeru, Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan pendidikan di Negeri Selangor sentiasa menjadi keutamaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.