Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
302) KERJASAMA DENGAN ADN PEMBANGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat sebarang sekatan dikenakan kepada Ahli Majlis dan Ketua Kampung untuk berurusan dengan ADN Pembangkang?
Secara dasarnya Kerajaan Negeri tidak mengenakan sebarang sekatan kepada Ahli Majlis dan Ketua Kampung untuk berurusan dengan ADN Pembangkang. Untuk melaksanakan peranan sebagai wakil rakyat di setiap DUN, ADN berhak untuk berurusan dengan pihak pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar kerajaan. Ini termasuklah Ahli Ahli Majlis dan Ketua Ketua Kampung yang dilantik.