Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
177) KERJASAMA ANTARA KERAJAAN DAN UNIVERSITI DIDALAM PERTANIAN DAN PERIKANAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada program kerjasama melibatkan universiti tempatan seperti UNISEL yang boleh menggalakkan lagi penyertaan masyarakat didalam pertanian bandar?
UNISEL telah menganjurkan beberapa siri kursus pendek dan Program pemindahan ilmu dalam pembangunan pertanian bandar dengan penglibatan masyarakat. Bermula daripada Julai 2022 sehingga Oktober 2024, sebanyak 5 kursus pendek asas akuaponik telah dilaksanakan, dan 20 program pemindahan ilmu berkenaan pertanian bandar menggunakan sistem akuaponik telah dilaksanakan. Keseluruhan program, sebanyak 125 peserta yang telah dilatih mengenai konsep pertanian bandar.
-
Masalah ikan bandaraya. Apakah ada kerjasama antara kerajaan dan UNISEL bagi mengekang kewujudan ikan bandaraya ?
UNISEL juga cenderung terhadap isu kehadiran ikan bandaraya yang kini semakin mendominasi ekosistem perairan tempatan. UNISEL telah bekerjasama dengan semua pihak Kerajaan dan swasta dalam menangani dan terus menyebarkan maklumat mengenai isu ini.
Antara kerjasama yang telah dilaksanakan adalah :
- Inisiatif Tangkapan Ikan Bandaraya (1kg-RM 1.00) di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama UNISEL, Jabatan Perikanan Selangor, Landasan Lumayan Sdn Bhd, Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya dan KDEB Waste Management.
- Projek Pleco Pupus 1 – Pertandingan memburu ikan bandaraya dengan kerjasama UNISEL, Universiti Malaya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya dan Landasan Lumayan Sdn Bhd dan dikuasakan oleh Yayasan MBI
- Kursus Penghasilan Makanan Ikan Menggunakan Ikan Bandaraya yang dikendalikan oleh UNISEL dan dikuasakan oleh Yayasan MBI
- Program kesedaran impak ikan asing dengan kerjasama Aquaria dan Jabatan Perikanan Malaysia.